Thursday, April 23, 2009

Jangan Futur

Assalamualaikum,

Aku bukan apa hanyalah manusia. Sering dihadapi dengan pelbagai masalah. Kebelakangan ini, saya asyik diperangi dengan perang pemikiran. Kadangkala, selalu terdengar cakap syaitan itu. Dahulu bentuk perang pemikiran ku lain. Sekarang pula lain. Sungguh pandai syaitan itu memanipulasikan dan menghiaskan futur-futurku ini. Selain itu, aku jua seringkali mudah berputus asa. Lebih-lebih lagi apabila exam finals sedang dekat. Aku selalu mengingatkan kata kata Ibuku, "Leha preparing for exam is like preparing for battle(peperangan)!" Jadi sahlah ayat ini sangat sangat terkena pada aku.

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenagkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
(Al-Baqarah:216)

Wahai orang-orang beriman! Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir yang akan menyerangimu, maka janganlah kamu berbalik membelakangi mereka(mundur)
(Al-Anfal:178)



Means dont' give up and leave the battle! But if i still follow syaitan and give up, this is where i'll end up. =S Takut nye!!!

Dan barang siapa mundur pada waktu itu........orang itu kembali membawa kemurkaan dari Allah. Tempatnya ialah neraka Jahanam, dan seburuk-buruk tempat kembali"
(Al-Anfal:179)

“……dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
(Yusuf:87)

Adakah saya ni seperti sikap orang kafir? Adakah kemalasanku boleh membawaku ke Neraka? Padahal sudah ku tahu bahawa Medic ini merupakan Fardu Ain-Kifayah (Ustaz Amin explain).

Sedihnya hati ini....

“Jgnlah kamu bersikap lemah. dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.”
(Ali-Imran: 139)

Jika saya ini orang2 beriman. Itu tak komfem lagi.....hmmmm. Takpe Leha, takpe Allah tak tengok result. Allah tengok usaha. Ingat tu Leha. Jangan malas malas...hei apa nak jadi ni....

FOCUS!


grrrrr
xoxoxox

ps: wont be posting for some time after this.

No comments: