Tuesday, April 14, 2009

Can you hear the people calling?

Salam sejahtera dan apa khabar buat pembaca, ni nak cakap dari hati ke hati tau. Tak skema tau. Awal-awalje skema sikit pastu tak..hehehe

Merupakan satu sunnatullah(ketentuan Allah) di dalam hidup kita dimana akan ada orang yang sentiasa memanggil kita kearah kebaikan. Mungkin hari ini guru kita, mungkin semalam ibu bapa kita, dan boleh jadi juga rakan-rakan kita sendiri. Apabila kita dipanggil untuk melakukan sesuatu kebaikan tersebut, tanyalah diri kita sendiri, adakah kita buat tidak hirau dan hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri? Ataupun adakah kita terima nasihat tersebut dan seterusnya bergerak untuk melakukan sesuatu tentangnya?....

Hey can i just let you in a little secret...i was like you before. I didn't want to listen to what everyone told me to do. I was like a rebel in my family. I was most of the time selfish towards people around me. I thought being the bad girl was "COOL" and i thought the whole world revolved around me. me. me. me. me...selfish kan?

But now i tak nak jadi orang seperti itu lagi. Sebab apa tau. I learnt that dalam dunia ni....semua benda yang kita buat dekat orang akan datang balik kepada kita. I had to learn it the hard way ofcourse. Masa tuh my whole world crumbled right infront of my eyes. Everything i did only brought more destruction than good. I didn't even know how to solve that problem at that time. I was stranded in my own mess.

Pada masa itu, tiada orang di sis kiri dan kananku yang dapat kuluahkan perasaanku. Aku bukan seperti orang lain, mempunya rakan-rakan yang ramai. Semua rakan-rakanku kebanyakannya boleh kata 'fake friends' lah. Diri terasa sangat asing kerana rasa seperti tiada orang kisah tentang aku. Pada saat itu juga aku berdoa kepadaNya untuk betul betul berubah. Untuk menjadi orang yang kedua tadi. Iaitu mendengar nasihat orang. Lebih tidak mementingkan diri sendiri. Tapi masalah tersebut tidaklah terus hilang dengan sekelip matanya.

Oh sesekalinya tidak.

I had to work REALLY hard to change my life. So i did. I tried all possible ways to ask from my Rabb to please take this deep depression away from me. Takyah kisahlah apa orang nak cakap.. Yang penting kita buat apa sahaja yang kita mampu. Tahutak, aku pada masa itu rasa sangatlah hina kerana sebeum ini telah banyak dosa-dosa yang telah aku lakukan. Sangat malu untuk meminta tolong pada Tuhan pada masa itu. Tapi, disudut hati ada juga rasa harap. Harap Dia tidak terlalu marah pada diriku ini. Harap dosa-dosaku diampunkan.

Tetapi,

Masaalahku masih tidak terselesai...

Lepas tuh mulalah merajinkan diri untuk membaca tafsir Al-Quran yang sebelum ini tidak pernahku buka. Tak pernahku fikirpun sebelum ini untuk membaca maksud-maksud yang tersirat di dalamnya. Engkau mesti terfikir, fuiyo Quran! Memang, itu mungkin kata-kata yang akan terkeluar dari mulut rakan-rakanku. Tapi aku tak peduli apa orang nak kata. Lantak aku lah! Ish!

Anyways, while flipping through the pages datanglah kepada ayat ini,

Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (An-Nisa:110)



Air mataku mula mengalir. Ya Tuhanku! Betapa pemurahnya Engkau. Sehina-hina manapun aku ini engkau sangguh akan mengampunkan aku?? Akupun teruslah tutup Quran itu and tidur sambil menangis di bawah selimut. Aku cuba untuk tidur tapi tak berjaya-jaya. Akupun termenung dalam kegelapan dan mula fikir tentang orang-orang yang pernah aku aniaya sebelum ini. My mom, my bro, my sis, budak kat sekolah tu, pastu cikgu Physics...hmmmm... and the list goes on and on. Malamtu aku betul-betul mintak kat Allah supaya perbaikkan hubungan aku dengan mereka semua.

Lepastu akupun sedar kenapa takboleh tidur. Sebab aku lupa baca doa sebelum tidur. Masa kecik-kecik dulu aku dan abangku(zd) tidur sebilik. Kita orang rajin baca doa tidur sama-sama sebab takut nanti hantu takde-kepala tu masuk melalui tingkap atas yang terbuka. Dah tua-tua ni malas pulak nak baca. Lepastu baru aku tidur dengan nyenyak. huhuhu

So after that from one good thing led to anotherlah. Bila kita ada niat untuk berubah tu, Allah for sure akan tunjukkan jalan-jalan Dia untuk kita.

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.(29:69)



Sekarang, persepsiku tentang dunia telah berubah. Aku tidak senang goyah dengan cabaran- cabaran yang menghadapiku. Hati menjadi lebih tenang apabila mengingatkan Tuhan. Sekarang aku dah belajar di universiti. Mengambil jurusan kedoktoran. InsyaAllah akan aku usuhakan untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keredhaan dariNya. Walaupun aku mendapat biasiswa dari kerajaan untuk melanjutkan pelajaran, tapi aku tahu yang memberinya bukanlah kerajaan tetapi Rabbku sendiri.

Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya)". Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah pemberi rezki yang sebaik-baiknya. (Saba 34:39)


So aku cerita nibukan nak sindir engkau ke apa. Just nak sharing je. Kan sharing is caring. Aku sekarang tengah cuba untuk tak jadi takterlalu selfish. Study study, tapi harus ada juga masa untuk dilapangkan kepada rakan-rakan dan keluarga tersayang. Itulah yang di tuntut sebenarnya oleh Tuhan kita. Ok harap - harap post aku kali ini tak terlalu panjang dan membosankan untuk dibaca. Apa-apapun kelemahan itu datang dari dirku sendiri dan segala kebaikan datangnya dari Allah. BYe awak. Muuuaaah!=)

1 comment:

Ustaz Amin said...

Semoga terus dipimpin Allah, sesungguhnya, perubahan bermula dari hati dan ia memerlukan azam yang tinggi